PRA SEKOLAH SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH

06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN.

Hari Lahir Murid Pra Sekolah

25 FEB - Majlis sambutan hari lahir murid pra sekolah telah diadakan di pra sekolah SKTPSH. Seramai 4 orang murid pra sekolah yang lahir pada bulan Januari dan Februari menyambut hari lahir mereka bersama kwan-kawan. Waris murid yang menyambut hari lahir juga turut di jemput bagi meraikan. Selamat Hari Jadi...



MEWARNA


Murid Pra sekolah sedang mewarna

Pengumuman

Bilangan murid pra sekolah SKTPSH 25 orang

Hari Pertama Melangkah ke Pra Sekolah

3 Januari merupakan hari pertama persekolahan. Seramai 24 orang murid pra sekolah telah mendaftar. Pelbagai ragam dapat dilihat pada hari pertama persekolahan. Ada yang gembira, ada yang menangis, ada yang ketakutan dan ada yang ceria dengan pelbagai ragam. Waaa......waaaa....waaa.....nak balik....nak balik....nak pi dekat ayah.....itulah kata seorang murid pra sekolah yang sedang menangis. Huhu...huhu...walaupun sudah dipujuk oleh guru pra sekolah dan pembantu pengurusan murid pra sekolah murid itu masih lagi menangis. Tapi lama kelamaan akhirnya beliau senyap juga setelah melihat kawan-kawan yang lain sedang memerhatikannya. Itulah ragam murid pada hari pertama persekolahan.

BIL. PELAWAT

GURU...

abc..123.. segalanya bermula di sini.. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. (sajak Usman Awang)

About this blog

Labels